Thursday, 7 May 2015

5sains2 2015


8 tahun di SMKBB.
Beberapa tahun menjadi guru tingkatan.
Setiap tahun mengajar 5sains.

Baru tahun ni merasa menjadi guru tingkatan merangkap guru matapelajaran Kimia di kelas yang paling menyenangkan hati.

Iaitulah kelas 5sn2.

Keseluruhan pelajarnya bagus,berakhlak,rajin.

Sebelum ni setiap kali mengajar kelas 5sains2,pasti ada pelajar yang tak minat belajar,tak buat kerja,suka ponteng kelas tambahan.Sering sahaja rasa kecewa dgn sikap sebahagian kecil mereka.

Tapi tahun ni,dapat pelajar yang tak suka ponteng kelas tambahan,pandai jaga kebersihan kelas,aktif dgn aktiviti sekolah,dalam masa yang sama akrab antara satu sama lain juga.

Ya Allah tenangnya rasa.

Sesekali sedih mengenangkan dah bulan 5.Sekejap je masa berlalu.tak lama lagi SPM,Lepas tu masing2 pergi tinggalkan sekolah.Tinggalkan cikgu.Memang begitulah lumrahnya menjadi cikgu.

hmmmm tak tau nak cakap apa.Mereka pasti tak tahu isi hati cikgu,bahawasanya cikgu sayangkan kamu semua :'(