Thursday, 13 August 2015

Hakikat

When you care for someone, it doesnt mean they must care for you too!

Terima hakikat
tak semua org mampu terima kita sebagaimana kita terima mereka

Terima hakikat
tak semua orang mampu mengambil berat tentang kita sebagaimana kita lakukan terhadap mereka

Terima hakikat
tak semua orang mampu ingat kita sebagaimana kita ingatkan mereka

Terima hakikat
Tak semua org mampu kenang segala memori yang pernah tercipta antara kita sebagaimana kita sukar melupakannya

Terima hakikat
Tak semua orang risau kehilangan kita sebagaimana kita sedih membayangkan perpisahan yang pasti

Terima hakikat
Tak semua orang perlukan kita sebagaimana kita rasa perlunya mereka di sisi

Terima hakikat
Semua sementara
Tiada yang sempurna

Terima hakikat
Bahawa jiwa setiap insan itu tak sama

Ada yang dilahirkan sebagai perindu
Ada yang dilahirkan sebagai yg dirindu

Be strong

Tak semua masalah
Bila diluahkan akan menjernihkan keadaan.
Kadangkala semakin mengeruhkan.

Tak semua perkara perlu diselesaikan dengan luahan rasa
mahu pun buah fikiran.
Kerana kadangkala ia boleh selesai dengan waktu.

Waktu boleh mengubah.
Waktu boleh menyelesaikan.

Waktu boleh meredakan kemarahan.
Waktu boleh menenangkan keresahan.
Waktu boleh melupakan kesakitan.
Waktu boleh mengurangkan kemarahan.

Syaratnya ada bekal sabar!