Sunday, 6 December 2015

Mini Travelog Cikgu Salmah Ke Pulau Langkawi 2015

Baru sempat nak update perkongsian dan pengalaman semasa ke Langkawi tempohari.Entry kalini lebih kepada ingin menceritakan pengalaman dan berkongsi tips untuk ke sana menaiki keretapi yang mana ini merupakan pengalaman pertama kami sekeluarga (bukan nak cerita pasal apa yg ada di Langkawi tu sangat sebab for sure ramai dah biasa dengan tempat2 kat sana)..Maklumlah kami tak ada kampung jadi memang kuranglah memikirkan pasal pengangkutan awam sebagai alternatif utk balik ke kg atau jika nak ke mana2..(sory kalau jumpa banyak typo sebab taip ni sambil urus anak2 dan masak haha)

Mungkin saya perlu bermula daripada..kenapa pilih train?haha

Sebenarnya ini merupakan kali kedua saya dan suami ke Langkawi.Kali pertama dulu sewaktu honeymoon hihi..Kebetulan masa tu masih malu2 meow,baru nk sesuaikan diri bercuti brdua..jadi entah mcmana walaupun 4h3m tapi still mcm tak byk tempat yg kami explore.Tapi dulu kami pergi naik flight.Cuma perlukan masa sejam lebih je dr masa kaki melangkah keluar rumah hingga check in di hotel.Pengalaman yg sgt2 berbeza kalini sebab kami memerlukan berbelas2 jam dr masa kami keluar rumah hingga check in ke hotel.

Berbalik kepada persoalan kenapa pilih train?Jawapannya sebab tak pernah naik train so nak rasa naik train hihi..

Train ni ada 2 jenis (kot) satu yg biasa satu lagi keretapi laju/bullet train atau singkatannya ETS.Maklumat lanjut pasal jenis2 train ni boleh cari sendiri lah ye hihi..

Masa mula dapat tahu perjalanan naik train dari KL Sentral hingga Arau mengambil masa 10jam saya dah mula nk give up sebab memikirkan terlalu lama.Memang saya suruh suami burnt je tiket tu lagipun masa tu tak beli lagi tiket return.Untuk return kami masih berkira2 nak naik flight atau train juga.Saya kata naik flight at least kita dah rasa naik train masa pergi.Tapi nampaknya bila naik flight ni susah sikit nak manage perjalanan sebab kereta dah park kat KL Sentral/KL (Rumah abg ipar)/Shah Alam (rumah kawan)..Masa tu tak decide lagi mana nak park kereta.Akhirnya suami kata utk return kita naik ETS .ETS ni cuma 5jam setengah compare dgn train biasa tu 10jam..

So dalam tempoh seminggu sebelum tarikh bercuti tu saya dah mula kumpulkan aura positif utk menempuh segala cabaran sepanjang perjalanan naik train.Dan usaha dalam  tempoh tu berhasil..Memang saya berjaya kumpul semangat serta keseronokan utk naik train.Berjaya membayangkan keletihannya dan cara berhadapan dengan semua tu nanti.Semua saya dah imagine.

Jadinya sepanjang tempoh perjalanan tu saya sedikit pun tak mengeluh kerana saya dah jangka pasti perjalanan tu ada cabarannya..Bila saya berjaya siapkan mental saya dari awal,perjalanan yg meletihkan tu jadi pengalaman yang menyeronokkan.Dan seriously kami memang teruja!

Oke nak cerita sikit beza train biasa (sory tak study apa namanya) dan ETS.
Utk train:
-Difahamkan masa beli tiket ..train ni hanya bergerak pada jam 12.30 malam shj
-Ada katil 2 tingkat siap bantal dan selimut nipis.
-Katil tu ada langsir (tertutup)
-Sgt sejuk
-Ada toilet
-Tak sure ada surau tak (kami solat kat katil je)
-Tak ada tempat simpan luggage (letak luggage kat atas katil atau lantai keretapi berdekatan katil kita je)
-Tak disediakan makanan (tp ada kantin/kafe)
-Bergerak sangat perlahan (tak sure kelajuannya brp tp memang slow sgt)
-Berhenti di beberapa stesen antara bandar (utk ambil penumpang kot)
-10jam

Utk ETS:
-Rasanya ada byk masa perjalanan
-tiada katil
-Sgt sejuk
-Ada toilet
-Ada surau
-Ada kafe
-Ada tempat letak luggage
-kelajuan 140km/h (laju)
-Berhenti di sesetengah stesen antara bandar
-5jam setengah
-Koc baru,cantik,selesa

*Walaupun train biasa ada katil,bergerak malam ,boleh tidur,bangun2 je dah sampai,tapi personally saya pilih ETS..ETS lebih ok lah sebab laju...dan ermmmm...senang kot.

Cabaran naik train utk yg berkeluarga memang banyak,,Tapi utk mereka yg single..sgt3 dicadangkan utk menikmati pengalaman naik train ke Langkawi dengan kawan2..Memang jimat dan awsome..Utk yg pergi dengan anak2 kecik pun stil oke cuma ...ada syaratnya..

Berikut adalah syarat2 utk mereka yg dah berkeluarga dan ada anak2 kecil mcm saya tapi ingin ke  langkawi dengan train:
1.Tanya balik diri anda kenapa nak naik train..Kalau sebab nak senang..maka lupakan.Kalau sebab nak murah pun lupakan.Sebab kalau satu kepala memang murah kalau dah beberapa kepala (utk
satu keluarga kita) tak murah mana pun,Tapi kalau sebab anda memang mencari pengalaman dan
kepuasan travel advanture (advanture lah juga haha)..maka dialu2kan utk cuba.
2.Anda dan pasangan perlu positif.Kalau dapat suami manja,nak senang je,tak nak tolong cuci berak anak,tolong pujuk anak,tolong jaga anak,basuh muntah anak,taknak angkat beg...ermm..suami yg mtk dilayan semuanya..nak duduk atas train main fon je...lupakan..haha
3.Kita,pasangan serta anak2 dlm keadaan sihat dan tak mudah demam
4.Anak2 kita kategori behave (maaf cakap tp kalau jenis active sgt atau suka nangis sepanjang jalan lupakan niat nak naik train..Active sikit2 tu biasa)

Cabaran naik train:
1.Perlu banyak berjalan dari satu stesen ke stesen yg lain sambil angkat beg2 yg berat dan dukung anak
2.Perlu menunggu lama di stesen dan jeti
3.Perlu urus anak berak,kencing,muntah dll dalam train
4.Tu je kot

Kelebihan naik train:
1.Teruja sebab pengaman pertama
2.Nampak sawah padi (kalau naik flight tak nampak)
3.Tu je jot

Cabaran dan kelebihan naik kereta (walau tak pernah cuba):
Sama je mcm train kot bezanya tak perlu byk angkat beg dr stesen ke stesen.

Cabaran. aik flight:
1.Flight delay

Kelebihan naik flight (berdasarkan pengalaman pertama ke sana):
1.Cepat
2.Jimat masa
3.Jimat tenaga
4.Selesa
5.Tak penat

Oke sekarang nak cerita kos sepanjang perjalanan dan aktiviti di sana;
Tiket train
rm53(dewasa)
rm31(kanak2)

Tiket ETS
RM76(dewasa)
rm42(kanak2)

Feri
rm18(dewasa)
rm13(kanak2)

Kereta Sewa
rm60/sehari(kelisa/viva)

Teksi dari Arau-jeti
rm26

Cable Car
rm20(dewasa)
rm15(kanak2)

Island hopping (3pulau)
rm95 (utk kami 4beranak)

Makam Mahsuri
rm10(dewasa)

Telaga Air Hangat
rm5(dewasa)-Tapi tempat ni tak best pun haha

Tasik Dayang Buanting
Rm3(permainan mcm solat boat/jaket/kayak dll cas lain.Kami naik solat boat rm30-best!)

Under waterworld
rm33(dewasa)
rm23(kanak2
yg ni anak2 sukalah sebab nampak mcm2 jenis fish!

Tanjung Rhu
Kat sini ada sewa private boat utk round 7pulau.Rasanya best sgt kot tapi kami tak sempat pi sebab
dah lewat petang,.Satu boat boleh dpt harga rm200(kira murah sebab ada yg cas sampai rm400).Sampai skg rasa ralat x naik boat tu tp memang takde rezeki sebab dh petang sgt masa tahu info ni.Korang wanib tuju tempT ni dulu tau..

Tempat makan yg dicadangkan;
Utk dinner:Restoren seafood Haji Ramli (pantai cenang)-Tempat ni best sebab besar,bersih dan pilihan seafood dia pun oke (kalau yg duduk Banting ni kira mcm restoren Juvita lah)

Utk breakfast:Restoren Terong kat Kuah.Best sebab semua menu berasaskan bistik dan black pepper termasuk roti canai pun roti canai bistik haha sedap

Lunch biasanya kami makan laksa je kat tepi2 pantai dekat dengan airport tu..

Tips kos ;

1.Makan berat
Kami bajet rm30 utk sekali makan lunch dan sekali makan dinner.Untuk breakfast kami bajet rm20..Kalau dinner nak makan seafood yg sedapW2 dan mahal2 cut lah sikit kos masa sarapan atau lunch hihi..Sp total utk kami makan 4h3m di sana ialah rm300.

2.Makan ringan
rm100

3.Kecemasan
rm200

4.Permainan anak2
rm100

5.Shopping
rm200

6.Hotel bajet
rm297(3malam)

*Lain2 kos bergantung kepada aktiviti yg ingin kita lakukan di sana dan segala tiket yg telah saya nyatakan di atas..

Semoga bermanfaat...(gambar2 boleh rujuk fb Salmah Hasmeon)

Alhamdulillah..percutian kalini sangat bermakna dan tak akan saya lupakan sampai bila2..Terima kasih sgt2 utk anak2 yg sangat behave dlm train dan feri (90% drpd keseluruhan perjalanan mereka akan tidur).Dari Penang sampai kl dorang tidur..Tp sebelum tidur tu biasalah betebut2 dulu,main geletek2,bising2 dsb..tp tak lama..alhamdulillah..

Terima kasih juga kat suami yg sangat baik sanggup bawa kami susah2 naik train..Tak mengeluh langsung walau kena cibukkan anak beberapa kali .Sekali dlm feri sekali dlm train dua tiga kali sebelum naik train..Tapi sejujurnya keseronokan dapat spent time sama2 sepanjang 4hari di Langkawi mengatasi cabaran2 yg kami lalui sepanjang perjalanan yg meletihkan tu.Kenangan yang tak akan dapat kami lupakan sampai bila2..Perasannya sama mcm masa saya daki gunung datok yang bagi saya sangat tinggi dan mencabar sebab saya bukan seorang yg suka aktiviti lasak..Rasanya sangat penat tapi bila sampai di puncak terasa sangat puas,teruja,bangga mampu menghabiskan cabaran,betsyukur atas peluang yg diberi dan sebagainya..terasa bertuah pun iye juga..Tapi rasanya cukuplan sekali untuk dijadikan catatan dlm perjalann hidup..bukan untuk diulang lagi hihihihihi..ketana saya..bak kata suami,,suka benda yg senang2 je hahaha:P