Mak pesan sementara hidup kita kena buat banyak amal kebaikan.jgn terlalu berharap pada amalan org lain sebagai bekalan kat akhirat nanti.contohnya jgn hanya berharap doa dari anak2 dll.Katanya itu semua cuma tambahan.Yg paling utama adalah bekal yg kita cari sendiri.
Lepas dengar pesan mak tu,terbaca pula satu artikel dari majalah solusi yang menyokong pesan mak.ustaz tu umpakan amal kita ibarat markah periksa.kalau markah kita 30(gagal),selepas cikgu tambahkan markah bonus kerana kerajinan kita(5markah),total keseluruhan markah kita tetap gagal kerana masih 35.Moralnya markah kita sendiri perlu banyak dan melepasi tahap lulus.Selebihnya jikalau guru ingin memberi markah bonus maka markah kita akan menjadi lebih baik.Jangan diharap pada markah bonus pemberian guru semata mata(doa dan amal baik dari org lain).
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment