Wednesday, 15 July 2015
Rumah Hijau Juara
Sejak posting kat SMKBB (2008) sampailah 2015, baru 2kali tak incharge perbarisan rumah sukan.Tahun 2010 (cuti confinement) dan 2012 (pregnant)..
Mengendalikan perbarisan rrumah sukan bukan kerja mudah.Walaupun ianya cuma peringkat sekolah, tetapi tugas ini menuntu kesabaran,komitmen serta daya kreativiti dan kepimpinan yang tinggi.
Bermula dari mencari idea yang menarik tetapi mampu dilaksanakan dengan baik oleh murid dalam tempoh latihan yang singkat,mencari peserta,memperkenalkan step serta idea kepada murid,mengumpulkan murid untuk latihan setiap hari,menunggu sehingga jam 6ptg setiap hari,berhadapan dengan murid yang bermacam-macam ragam (merajuk,tak punctual,tak serius dll karenah),memikirkan mascot,memikirkan props serta membahagikan tugasan penghasilan props kepada guru-guru serta murid yang lain.Dalam masa yang sama perlu memsatikan step dapat dilakukan dengan seragam serta hasilnya betul2 cantik dan mampu memberi saingan kepada rumah-rumah lain.Nah! Inilah tugas aku saban tahun (biasanya turut ditemani oleh seorang guru lain yang sentiasa berada di sisi dari awal hingga akhir).Yang lain biasanya membantu menyiapkan props!
2011 (ke-5)
2012 (ke-5)
2013 (ke-2)
2014 (ke-4)
2015 (JUARA)
YEAYYYYYY..
Akhirnya kami juara!!!
Tak sangka idea menggabungkan pelajar dan guru ketika perbarisan dapat mencuri hati juri.Persembahan kami menggabungkan kawad formasi ringkas,pompom dance,hakka dance,serta permainan purcussion oleh guru semasa pelajar melakukan cheers..Kami menggunakan loyang serta senduk mengiringi cjeers yang dinyanyikan oleh pelajar.Guru juga turut membuat gerakan2 muda (jogetlah kononnya) semasa pelajar membuat pompom dance.
Sudah tentu persembahan rumah-rumah lain pun sangat hebat tetapi rezeki menyebelahi kami untuk tahun ini.
Teruskan semangat kesukanan untuk tahun hadapan.
Hijau Juara Bukan Gurauan Tapi Kenyatan..HAHAHA
The Champion
The Champion merupakan satu program ilham pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.Ringkasnya program ini memberi penekanan kepada satu bentuk pembelajaran berkumpulan yang dilakukan secara lebih sistematik dan berkala oleh pelajar.Guru yang dilantik bertindak sebagai pemudahcara serta pemberi perangsang kepada pelajar untuk berjaya. Matlamatnya untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mendapat keputusan minium 6A dalam SPM. [Lauched:July]
Inilah kumpulan yg dibimbing oleh Cikgu Salmah.Kebetulan aku lah guru kelas mereka dan aku juga lah guru matapelajaran Kimia mereka. Dan kebetulan lagi mereka ni pun memang dah rapat antara satu sama lain.Kebetulan lagi, hubungan antara kami juga sememangnya dah baik dari awal lagi.Kebetulan demi kebetulan ini diharap akan memudahkan lagi usaha mereka (baca:kami) untuk mencapai target yang telah ditetapkan. (Kebetulan --->takdir).
Gambar ini adalah perjumpaan kami yang pertama.Harapnya dapatlah buat lag beberapa kali perjumpaan.Semoga dipermudahkan..
Dan mereka ialah;
Khairul Irfan
Prasantharan
Ainol Syafiq
Nik Sobri
Shafiq Ameer
ich liebe dich
Yang lelaki kacak dan segak
Yang perempuan cantik dan lawa
CIKGU pun dapat aura kacak dan cantik jadi katik..eh??? hihi (Baca:comel)
Photo ni diambil semasa sesi photoshoot untuk majalah sekolah,Iltizam. Kalini gambar kelas di ambil sendiri mengikut kreativiti kelas masing-masing.
Kami buat sesi ni masa musim exam PPT (Mei 2015)..Jenuh juga.Panas terik.Berkali2 shoot juga nak dapatkan hasil yg kononnya terbaiklah..
Mujur semua beri komitmen sepanjang sesi.Malahan kagum dan terharu juga melihat kesungguhan dan kerjasama antara mereka.
Cuma nak cakap..emm.. i love u.hee
Semoga semua berjaya dan cemerlang di masa akan datang.kipidap!
Subscribe to:
Comments (Atom)




