Wednesday, 15 July 2015

Rumah Hijau Juara


Sejak posting kat SMKBB (2008) sampailah 2015, baru 2kali tak incharge perbarisan rumah sukan.Tahun 2010 (cuti confinement) dan 2012 (pregnant)..

Mengendalikan perbarisan rrumah sukan bukan kerja mudah.Walaupun ianya cuma peringkat sekolah, tetapi tugas ini menuntu kesabaran,komitmen serta daya kreativiti dan kepimpinan yang tinggi.

Bermula dari mencari idea yang menarik tetapi mampu dilaksanakan dengan baik oleh murid dalam tempoh latihan yang singkat,mencari peserta,memperkenalkan step serta idea kepada murid,mengumpulkan murid untuk latihan setiap hari,menunggu sehingga jam 6ptg setiap hari,berhadapan dengan murid yang bermacam-macam ragam (merajuk,tak punctual,tak serius dll karenah),memikirkan mascot,memikirkan props serta membahagikan tugasan penghasilan props kepada guru-guru serta murid yang lain.Dalam masa yang sama perlu memsatikan step dapat dilakukan dengan seragam serta hasilnya betul2 cantik dan mampu memberi saingan kepada rumah-rumah lain.Nah! Inilah tugas aku saban tahun (biasanya turut ditemani oleh seorang guru lain yang sentiasa berada di sisi dari awal hingga akhir).Yang lain biasanya membantu menyiapkan props!

2011 (ke-5)
2012 (ke-5)
2013 (ke-2)
2014 (ke-4)
2015 (JUARA)

YEAYYYYYY..
Akhirnya kami juara!!!

Tak sangka idea menggabungkan pelajar dan guru ketika perbarisan dapat mencuri hati juri.Persembahan kami menggabungkan kawad formasi ringkas,pompom dance,hakka dance,serta permainan purcussion oleh guru semasa pelajar melakukan cheers..Kami menggunakan loyang serta senduk mengiringi cjeers yang dinyanyikan oleh pelajar.Guru juga turut membuat gerakan2 muda (jogetlah kononnya) semasa pelajar membuat pompom dance.

Sudah tentu persembahan rumah-rumah lain pun sangat hebat tetapi rezeki menyebelahi kami untuk tahun ini.

Teruskan semangat kesukanan untuk tahun hadapan.

Hijau Juara Bukan Gurauan Tapi Kenyatan..HAHAHA

No comments:

Post a Comment