Tuesday, 22 September 2015

FRIENDSHIP

Kita tak perlu melakukan kesalahan untuk orang lain alergik sangat dengan kita.Kita tak perlu jadi orang yang cantik,kaya dan ternama untuk orang membenci kita.Tanpa apa2 alasan yang kukuh pun orang boleh melakukannya terhadap kita.Sehinggakan kita buntu dan tidak tahu di mana salah kita.

Bukan ego sehingga tak nak mengaku kesalahan..sedangkan kemaafan pun telah dihulur dan dipinta tapi tetap jua dingin..Bukan tak berusaha mengambil hati tapi semua dipandang sepi.Bukan tak pernah berkorban tapi semua itu seolah tak dipandang.Bukan tak pernah bersabar bahkan semua itu dah jadi makanan.Sabar dan terus bersabar.Tapi apa yg aku dapat? yaaa aku dapat ketenangan yang orang lain mungkin tak dapat.Aku tenang bila mampu tersenyum,ketawa,berjenaka umpama tiada apa2..Walhal di hati berbekas hanya Allah yang tahu.

Itulah asam garam dalam persahabatan.Bukan rumahtangga je ada asam garam tapi persahabatan pun ada.Bukan asam garam je kadang2 gula,ajinomoto,serbuk kari pun ada hahaha.

Be strong anak muridku ***** dan *****. Cikgu faham perasaan kamu.

Cikgu pun pernah melalui pengalaman yang seakan-akan sama.Bila persahabatan yg dibina selama 5 tahun hancur musnah begitu sahaja.Daripada hangat bertukar dingin dan akhirnya menjadi batu pecah berderai menjadi serpihan-serpihan kecil yang sesekali sakit bila terkena dan tercucuk..Sesekali terasa sejuk bila disentuh dan lama kelamaan cair menjadi air yang mengalir perlahan tanpa arah di atas lantai..Hanya mampu dipandang sesekali cuba dilap sehingga kering kalau malas biarkan sahaja kering sendiri.

Dalam sesuatu persahabatan yang panjang sepatutnya kita menerima kelebihan serta kekurangan sahabat kita.Sekiranya ada masalah tegur dengan baik bukan dengan rajuk yang tak menentu dan berpanjangan pulak tu.Sedangkan semua orang melakukan kesalahan.

Jika dalam persahabatan kita tak mampu terima kekurangan sahabat kita,tak mahu memaafkan serta melupakan..maka akhirnya kita tak akan beroleh apa2.

Nasihat cikgu,bersabarlah berhadapan dengan mereka,be strong dan dalam masa yang sama berkawan juga dengan orang lain.Jangan biarkan hati kita sunyi dan yang paling penting,elakkan kemurungan dan pastikan kita happy.Jangan cepat merajuk yaaa..hihi.yeahhhhhh

Friday, 18 September 2015

EL JANNAH MIRZA

El jannah Mirza :Syurga anak yang baik

oke..akidah dah ada (akid),iman dah ada (iman).,maka kepas ni nak dapatkan syurga pulaklah
(eljannah)..

simple je nama tu.memang suka nama yang pendek2,simple2,bukan kategori nama yg bunyi nya vavavoom gleme semacam hehh,yg arab2 sangat pun x suka..hahaha banyak
ah kau punya tak suka.Entah..suka nama biasa2 je tp bermaksud..deep!bila sebut namanya terasa sampai kt jantung gitu hakss..

kisahnya nk cerita apa yang diangan-angankan lah..teringin gak nak ada baby lagi ..eiii comel comel comel hehh..lagi2 kalau rezeki dapat gegel sure bagi nama el jannah tu kt dia..

tapi tapi tapi...

tak semudah itu sayang..

aku memilih utk lebih berhati2 kerana proses kelahiran itu bukan suatu yg mudah.aku perlu melalui beberapa fasa sakit,tak selesa,tak larat dan sebagainya..proses melahirkan juga cukup menakutkan dan menginsafkan bagi aku..sob sobb..sayangilah ibu anda semua huhu..selepas melahirkan proses membesarkan pula.dan aku bukan perlu membesarkan objek tetapi membesarkan manusia yang perlu dididik menjadi insan berguna.merawat bila sakit,memujuk bila nangis,menegur bila buat salah,mengadili bila berlaku konflik antara mereka,menasihati dgn penuh kasih sayang,mengajar baca tulis,mengajar solat dan mengaji,menjadikan mereka org yang cukup solatnya 5waktu sehari semalam dan beramal soleh tanpa disuruh2..kerja mudahkah itu???

Ditambah lagi dengan pelbagai cabaran remaja masakini..pengaruh rakan2 sebaya..masyaallah cukup merisaukan aku untuk beranak lagi huhu hahaha...entahlah hmmmm.(maka berdoalah).

satu lagi cabaran ialah cabaran ekonomi..sekarang semua costing..kalau tambah baby mesti kos sara hidup lagi tinggi..takut tak dpt sediakan yang terbaik utk mereka.pendidikan,kesihatan,makan pakai,insurans,simpanan,pelaburan dan sebagainya...

berdosakah aku memikirkan semua ini?

andai iye,ampuni aku ya Allah..

aku bertawakal kepadaMu untuk menentukan yang terbaik buat kami...

semoga dipermudahkan..amin.

Tuesday, 15 September 2015

Rindunya dekat kawan2 ya Allah..
Rindunya rasa..tak terluah
Kalau nak diluah pun..apalah cara yang ada..
Masing2 dah jauh..
Masing2 dah berkeluarga..
Masing2 dah ada fokus masing2..kerjaya masing2..
Masing2 dah ada kawan2 sekeliling..

Bila tengok budak2 sekolah berkawan..teringat zaman sekolah.Gurau2 sama2,makan sama2,study sama2,berprogram sama2..Bestnya..

Kadang2 cemburu tengok budak2 kat sekolah tu.Ya Allah sedarlah kau Salmah..zaman kau dah lama berlalu.

Sekarang zaman kau punya fokus lebih kepada keluarga dan kerjaya.Kawan2 tu cuma sampingan serta selingan yang kau jumpa di tempat kerja.

Tapi..aku masih ada ruang dalam hati aku utk diisi oleh kawan2.Aku masih perlu!Aku masih ada masa untuk itu.Cuma aku tak dapat paksa kawan2 aku untuk ada masa mcm aku!

Kesudahannya apa?
Kesudahannya kau kawan jelah dengan budak2 sekolah kau tu Salmah ooiiiii๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

p/s:aku rindu nak lepak dengan aina,ain,awin,bedah...dan ofkos aku tak pernah lupakan arwah ezan๐Ÿ˜”