El jannah Mirza :Syurga anak yang baik
oke..akidah dah ada (akid),iman dah ada (iman).,maka kepas ni nak dapatkan syurga pulaklah
(eljannah)..
simple je nama tu.memang suka nama yang pendek2,simple2,bukan kategori nama yg bunyi nya vavavoom gleme semacam hehh,yg arab2 sangat pun x suka..hahaha banyak
ah kau punya tak suka.Entah..suka nama biasa2 je tp bermaksud..deep!bila sebut namanya terasa sampai kt jantung gitu hakss..
kisahnya nk cerita apa yang diangan-angankan lah..teringin gak nak ada baby lagi ..eiii comel comel comel hehh..lagi2 kalau rezeki dapat gegel sure bagi nama el jannah tu kt dia..
tapi tapi tapi...
tak semudah itu sayang..
aku memilih utk lebih berhati2 kerana proses kelahiran itu bukan suatu yg mudah.aku perlu melalui beberapa fasa sakit,tak selesa,tak larat dan sebagainya..proses melahirkan juga cukup menakutkan dan menginsafkan bagi aku..sob sobb..sayangilah ibu anda semua huhu..selepas melahirkan proses membesarkan pula.dan aku bukan perlu membesarkan objek tetapi membesarkan manusia yang perlu dididik menjadi insan berguna.merawat bila sakit,memujuk bila nangis,menegur bila buat salah,mengadili bila berlaku konflik antara mereka,menasihati dgn penuh kasih sayang,mengajar baca tulis,mengajar solat dan mengaji,menjadikan mereka org yang cukup solatnya 5waktu sehari semalam dan beramal soleh tanpa disuruh2..kerja mudahkah itu???
Ditambah lagi dengan pelbagai cabaran remaja masakini..pengaruh rakan2 sebaya..masyaallah cukup merisaukan aku untuk beranak lagi huhu hahaha...entahlah hmmmm.(maka berdoalah).
satu lagi cabaran ialah cabaran ekonomi..sekarang semua costing..kalau tambah baby mesti kos sara hidup lagi tinggi..takut tak dpt sediakan yang terbaik utk mereka.pendidikan,kesihatan,makan pakai,insurans,simpanan,pelaburan dan sebagainya...
berdosakah aku memikirkan semua ini?
andai iye,ampuni aku ya Allah..
aku bertawakal kepadaMu untuk menentukan yang terbaik buat kami...
semoga dipermudahkan..amin.
No comments:
Post a Comment