Assalamualaikum..
Selamat malam yang dah nak pagi hihi..
Alhamdulillah 2016 dah berada pada pertengahan bulan yang kedua.Dah niat dari awal nak buat catatan pahit manis suka duka jatuh bangun sepanjang 2015 terutama dalam bidang kerjaya.Saje untuk simpanan dan rujukan di masa akan datang.Mana tahu dapat bantu naikkan semangat yang mana tahu esok lusa jatuh merudum..Mana tahu dapat bantu cetus idea yang mana tahu makin lama makin tumpul.Entah..yang pastinya kalau pun manfaat catatan ini tak seberapa tapi aku yakin ianya boleh jadi kebanggaan utk generasi aku.Bahawasanya dalam hidup aku sepanjang bergelar cikgu (dan ibu serta isteri) ada sumbangan dan pencapaian yang pernah aku cipta.Walau bukan utk menandingi sesiapa tapi cukup untuk menjadi nilai tambah kepada apa yang sedia ada..
Aku akan mulakan catatan dari bukan Januari hingga November:-
🌸Dilantik jadi guru kelas 5sn2
🌸Dua kali mendapat tempat pertama pertandingan keceriaan kelas
🌸5sn2 jadi johan pertandingan kitar semula peringkat sekolah.Gigih kumpul lebih 300kg bahan kitar semula.Dapat hadiah hamper besar😃
🌸'Kem Amali' mengikut kumpulan2 kecil setiap Jumaat (Mac)-Hasilkan video ringkas
🌸Juara perbarisan Rumah Hijau (kenangan paling manis)
🌸Incharge gimik minggu koakademik-pecahkan ais
🌸incharge Science Show sempena minggu koakademik (gabung 5sn1&5sn2)
🌸Buat forum Kimia (5sn1&5sn2) di PSS
🌸Bagi ceramah perkembangan staf tentang inovasi dalam pdp (bentang pasal alternatif dokumen kamera)
🌸Masuk pertandingan Guru Inovasi peringkat Daerah satu team dgn Cikgu Suehaily dan Cikgu Afyudin (Johan) di PPD Kuala Langat
🌸Masuk pertandingan Guru Inovasi peringkat Negeri dengan team yang sama (Johan)-di Kuala Kubu Baharu.
🌸Buat persembahan nyanyian lagu Kun Anta dengan Cikgu Azmah semasa Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah-tema;back to school.
🌸Buat persembahan sajak dengan Cikgu Hashim sempena hari guru tersebut.
🌸Jadi Tokoh Guru SMKBB 2015 sama2 dengan Cikgu Wan Saiful
🌸Beri galakan serta panduan terperinci kepada murid 5sn2 utk capai tahap jauhari serta nilam.Walau pun tak capai sasaran tapi usaha mereka meningkatkan data bacaan serta rekod catatan mendapat perhatian dan penghargaan dari cikgu PSS iaitu Cikgu Anizah.
🌸Beri galakan serta panduan terperinci kepada murid2 5sn2 utk membaca alquran mengikut juzuk yang ditetapkan sepanjang Ramadhan melalui aplikasi WA.
🌸Buat persembahan nyanyian dengan Cikgu Norazmah sempena sambutan Hari Raya dan Kemerdekaan
🌸Buat persembahan sajak sempena hari kemerdekaan bersama2 Cikgu Hashim
🌸Buat persembahan sajak sempena perpindahan Tn Hj Khairi ke PPD Sepang.
🌸Buat program Happy Chemistry,Chemistry Day,Chemistry Night,Gerak Gempur Kimia dll.
🌸Juara gegar 10000langkah di KMS bersama Cikgu Suehaily dan murid2
🌸Menanda kertas Kimia 3 SPM
🌸Menubuhkan The Molecules Sg Lang bersama anak2 murid (1.1.2016 branch kedua di Jenjarom pula mula beroperasi)
🌸Akid Mirza juara pertandingan azan peringkat daerah
🌸Akid Mirza join pertandingan azan peringkat negeri tapi tak menang
🌸Akid Mirza join pertandingan azan sempena festival kanak2 islam Malaysia dapat no.3 (peringkat pertama)
🌸Akid Mirza join pertandingan azan sempena festival kanak2 islam Malaysia peringkat akhir tapi tak menang.Walau tak menang tapi dapat masuk tv hihihi (berita tv9)
🌸Akid Mirza dapat no2 PAT PASTI AL QUDS
🌸Akid Mirza dapat jadi pelajar terbaik 5 tahun
🌸Akid Mirza dapat hadiah kehadiran penuh 5 tahun
🌸Akid Mirza jadi wakil sekolah untuk ujian peringkat daerah (salah dua je).
Terima kasih suami,anak2 serta kawan2 dan anak2 murid yang menjadi elemen warna dalam mewarnai segenap kehidupan ini.
Alhamdulillah ala kulli hal..sungguh bukan aku baik,bagus dan terbaik,,hanya kerana Allah menutup segala kelemahan serta keaibanku.
Segala puji2an selayaknya untuk Mu dan kembali kepada Mu.
Ampuni aku atas segala khilaf yang disebabkan tutur kata,tingkahlaku serta lintasan hati dan fikiranku.
Jadikan aku hambaMu yang selalu sempat memperbaharui taubatku kepadaMu..
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah😌
No comments:
Post a Comment