Monday, 22 December 2014

COLMAR TROPICALE @ BERJAYA HILLS RESORT,BUKIT TINGGI

2014
Actually ni kali ke2 kami ke sini.1st time ke sini masa Abg Akid umur 8 bulan..time tu kami bermalam kt sini.Hotel fuchia namanya tak silap.Rate hotel kat sini boleh tahan juga..antara rm250-rm270 masa 1st kami pergi 2010 dulu.Tapi bilik dia memang besar dan selesa.Siap ada hall,dapur dan bilik tidur.Ada pool juga.Tapi utk kali ni kami tak bermalam di situ.

Berikut adalah adalah koleksi gambar kami semasa bercuti di Colmar Tropicale 4 tahun yang lalu..hihi:-

Japanese Village (2010)

 2010




Sudut-sudut dalam bilik hotel (2010)

Cantik kan?Tak rugi kalau korang nak bercuti ke sana juga.

Sebenarnya entry kali ni nak share sedikit tips bagi sesiapa yang ingin ke sana sebagai pelawat biasa sahaja.Means,takmo bermalam.

Actually boleh je if nak dtg as visitors.Kat guard sebelum masuk Colmar Tropicale tu korang kena bayar tiket,dewasa RM12.Kanak-kanak bawah 4thn foc.Kemudia kat dalam tu sama ada korang nak park kereta kat depan boleh atau nak park terus ke Japanase Village pun boleh.If park kat bahagian depan korang kena naik tramp utk ke Japanese Village.OK gak..merasa naik tramp kan.Anak2 pun suka.Tapi kalau nak cepat boleh terus drive menuju Japanase Village.Kat Japanese Village tu memang bestlah.Cantik dan nyaman.Bagi yang suka ketenangan dan suka bergambar..memamg sesuai.

Sebahagian dari Japanese Village(dari pandangan atas)

Kat sana ada juga Mini Park.Kat dalam tu ada rabbit,rusa dll serta playground sesuai untuk kanak-kanak juga.Tiketnya rm3/head.

Selain tu yang nak naik kuda pun boleh.If nak merasa rock climbing dan paintball pun boleh.Tapi kami just round sana-sini,naik tramp,bergambar dan merasa naik kuda juga masa yang datang bercuti 4thn dulu.

Ok..pasal makan pulak..kalau dok hotel macam biasa ada breakfastlah..Kat sana pun ada banyak kedai dan restoren tapi ofcourse berganda-ganlah harganya..Almaklumlah tempat tinggi kan.So mcm kami,dah jadi kebiasaan ke mana-mana pun bawa bekal.Selain jimat,ia juga sihat..hihihihihi.Bekal tu makan kat mana-mana pun rasanya boleh je.Cuma kat Mini Park tu memang makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk.

Kesimpulannya,best lah..tak rugi bercuti kat sana.Kalau nak honeymoon pun oke.Cuma kena ingat,walaupun ini kawasan tanah tinggi tapi kt sini takde kemeriahan pasar malam macam kat Cameron.Dan bukan tempat berpantai yang korang boleh snorkelling.So aktivitinya hanyalah bersiar2,ambik gambar, dan kalau duk hotel bolehlah swimming..Sekian:)

Perbelanjaan utk makan angin kt sini(if balik hari):
Minyak:RM50.00
Tol:Rm20.00
Tiket:Rm30.00
Makan+jajan:Rm30.00
TOTAL:Rm130.00

Thursday, 18 December 2014

PENCETUS UMMAH



Aku sekeluarga suka tengok rancangan Pencetus Ummah ni.Dari musim pertama lagi.Tapi untuk musim ke2 ni hairan pula rasanya bila tup2 malam tadi dah Semi Final.Macam tak percaya.Either kali ni memang dia kurangkan episod atau sebab masa mula2 start tempohari kami banyak skip.huhu..

Hebat2 dorang ni kan?Ada tu umur muda je lagi..25,24,29 tapi mcm2 ayat dorang hafal siap boleh apply dengan macam2 permasalahan pulak tu.Aku yang umur 30thn ni rasa jahil,kecik,kerdil sangat2.Apalah yang aku tahu nak dibandingkan dengan mereka.Kalau aku yang beza umur 4-5 tahun lagi tua dari diorang ni boleh rasa sensitif gini, yang umur 50 tahun tapi masih tak sedar diri,solat masih tak cukup,tak rasa nak belajar alif baa taa..hmm..tak tahulah..nauzubillah min zalik.Lebih baik kita sedar yang kita ni jahil dari kita rasa selesa sangat tak igt mati!

Agak2 dorang  mula kat U ke?mesti tak kan..lagi pun kt U banyak teori..Dan seandainya mereka dah praktikkan semua tu sejak zaman U pun rasanya takkan sempat nak mantapkan ilmu dalam tempoh tu.Tak tahu lah nak cakap mcm mana maksud aku ni,senang cakap mcmnilah..Aku rasa dorang ni memang dah ada basic dari awal,dari kecil2 lagi mungkin sejak umur 4-5 tahun mak ayah diorang dah serap segala kebaikan dalam diri diorang sehingga segala bentuk kebaikan tu dah jadi sebati dengan diri diorang.Dah mengalir dalam setiap urat saraf diorang,memenuhi jiwa sanubari diorang..Sebab tu bila di universiti diorang jadi semakin mantap ditambah lagi dengan ilmu-ilmu yang dipelajari secara tak formal mungkin dari ustaz2,tok imam2,syeikh2,sekolah2 pondok dan sebagainya.Tak mustahil sbb jiwa tu dah ada..Dan tentu dia akan terus mencari dan mencari sampailah jadi mantap dan yakin bila berada di atas mimbar Pencertus Ummah.

Benda ni memberi aku idea,keyakinan dan semangat untuk terus mengajar dan menerapkan ilmu2 agama kepada anak2 aku,Akid dan Iman.Buat masa ni apa yang aku mampu ialah rangsang dia untuk hafal surah,faham sikit2 surah yang mudah contoh macam aku ceritakan maksud surah Al-Asr,surah Al-Humazah dll.Ajar doa2 yang biasa dan doa2 dalam bahasa melayu.Ajar dia doakan org lain masuk syurga dll.Ajar dia yakin Allah selalu jaga dia.Zikir2 tu memang dah jadi buah mulut dialah..Solat pun dia dah mula kenal..

Ya Allah..takutnya..bukan senang nak didik anak istiqomah dengan kebaikan beragama ni.Harapnya aku terus diberi idea,harapnya anak2 kekal sukakan segala ilmu agama,mcm Abg Akid tu yg aku nampak memang minat hafal surah.Katanya tak sabar nak pandai ngaji panjang2 mcm ibu.hihi..Harapnya dia boleh jadi contoh yang baik kat adik2 supaya semuanya jadi baik..Ya Allah dengarlah rintihan ku ini Ya Allah..Aku sedar mendidik anak bukan mudah.Bantu kami Ya Allah..supaya kami dapat lahirkan generasi beragama,beriman dan bertaqwa kepada Mu.

Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kita di dunia ini hingga ke syurga menanti.Syurga Mirza.

Wednesday, 17 December 2014

NAK SAMBUNG BELAJAR KE TAK NAK?



Dah lama minat nak mendalami bidang kaunseling.Rasa nak sambung belajar dalam bidang ni.Family Caunselling.Kenapa kaunseling?Awak basic Chemistry kan?

Aku ada alasan aku sendiri.Bagi aku bila aku nak sambung belajar aku kena tanya diri aku balik kenapa aku nak sambung?Untuk apa?Untuk kepuasan diri?Aku tak suka alasan itu.Bagi aku daripada aku gunakan masa untuk kepuasan diri lebih baik aku korbankan masa untuk keluarga dan anak-anak aku.Dapat juga aku berjasa kepada mereka.Daripada aku bersusah payah semata-mata untuk kepuasan diri dalam masa yang sama aku stress, tak happy,kurang masa dengan keluarga baik tak payah sambung belajar.

Bagi aku bila aku sambung belajar, aku nak lepastu aku jadi improve dan dapat sumbang something yang jelas kepada anak-anak aku sendiri serta students kat sekolah.

Aku minat bidang Kimia ni.Tapi untuk aku selaku cikgu sekolah rasanya ilmu Kimia yang aku ada ni dah sedang elok dah untuk bantu anak-anak murid aku score Kimia dalam SPM seterusnya dapat bantu lahirkan doktor dan golongan profesional lain jika mereka nak.Selebihnya aku boleh improve melalui pengalaman,kursus,bengkel,seminar,bertukar-tukar idea dan kajian sendiri.

Aku perlu ilmu, pengetahuan dan kemahiran untuk berhadapan dengan klient pula sekarang ni.Klient aku adalah students dan anak-anak serta ahli keluarga termasuk masyarakat sekeliling..Aku perlu jadi orang yang lebih memahami orang lain dan tahu cara terbaik utk bantu mereka.Dan rasanya dari situlah minat aku terhadap ilmu kaunseling ni bermula.

Actually permohonan untuk kemasukan Febuari 2015 aku dah submit untuk diproses.Tak tahulah dapat ke tak.Kalau tak dapat pun aku faham.Mungkin kerana aku tak ada basic kaunseling walaupun ramai yang kata boleh je..Aku tak terlalu mengharap sebab aku sendiri belum ready sepenuhnya.Kena fikir mcm mana nak arrange masa untuk anak-anak,sekolah dan hobi menjual shawl aku ni.Sayang pula rasanya kalau nak biar bisnes kecil-kecilan ni terbengkalai mcm tu sahaja

Apa-apapun..tunggu dulu.Kalai dah dapat nanti kita buat isktikhoroh sungguh2 baru tahu Nak Sambung Belajar Ke Tak Nak?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramai dah kawan2 yang sambung peringkat master,PhD dan kepakaran.Aku yang cuma ada ijazah dan mengajar untuk pelajar SPM ni kadangkala rasa kerdil sangat.Rasa kerjaya aku ni sangatlah tak gleme.Tak kaya.Tak pergi oversea mcm org lain.Klient pun cuma budak2 yang nakal2..huhu..kadang terfikir kalau aku ni boleh rasa mcmtu agaknya apalah perasaan kawan2 aku yang ada degree tapi jadi surirumah?Ya mungkin mereka bahagia.Tapi tak mustahil sekali sekala mereka pun rasa mcm mana aku rasa.KERDIL!Tapi pandailah mereka pujuk hati mereka.Mungkin sama mcm aku yang seringkali memujuk hati sendiri."Cikgu Jutawan Akhirat"-ikhlaskan hati

SAMBEST

Hari ni rasa takde mood nak update apa2 post kt fb..Nk tgk wall pun tak sempat sbb asyik leka mengomen gambar2 lama masa kat SAMBEST.Kawan lama, si Moh Azarin namanya..dia boleh snap balik gambar2 lama batch kitorang dan upload satu album kt fb..Seronok tengok.Kelakar ada,happy ada,terharu ada..Yang pastinya rindu..Rindu sangat zaman tu.

Entah kenapa..dalam banyak2 fasa study yang aku lalui..dari sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menengah kat SAMTTAR,sekolah menengah kat SAMBEST,matrik dan UPSI..aku rasa zaman kt sambest tu adalah yang paling manis untuk dikenang.Manis sangat..Even aku takde pakwe pun kat sana(tak pernah ada pakwe pun zaman sekolah),tp jujur rasa manis tu kuat dan sangat seronok untuk dikenang.

2 tahun kt sana bukanlah satu tempoh yang lama tapi aku rasa banyak kenangan tercipta di sana selain macam2 pengalaman berharga.

Kat sana dulu aku aktif sebagai ketua pelajar(pengawas biro pendidikan) yang selalu ingatkan kawan2 pasal prep selain tolong pantau2 bilik study.Kalau hujan akulah yang akan jumpa warden,cikgu Majidah utk tanya sama ada pelajar perlu prep kat sekolah atau duduk dorm je.Biasanya dia suruh pergi sekolah dan time tu kwn2 bengang je kat aku..haha..Manalah aku berani nak buat keputusan sendiri kan..mestilah tanya cikgu dulu..hihi

Kat sana jugak aku meneruskan keaktifan aku dalam pertandingan bahas dan syarahan sampai ke peringkat negeri dengan geng bahas Aina,Aishah Sajudi dll.Geng budak laki syakirin,arwah syukran.Moh..dll..suka ukhwah tu.

Cikgu Rizal yang byk bimbing kami dalam bahas.Malam2 duduk bilik mesyuarat cikgu,Cari isi.berlatih dll..

Pernah join jadi fasi dalam program sekolah lain..In charge program orentasi peringkat sekolah..Macam2 lagilah.Selain tu ada juga terlibat dalam beberapa program motivasi anjuran sekolah dan juga pihak luar.Pendek kata aku aktif kt SAMBEST dan aku suka mcm tu.

Kat SAMBEST aku suka suasana solat jemaah,hari2 dengar tazkiroh,baca ma'thurat dan manzil ramai2,malam2 ada tahajud (walaupun aku selalu tak terbangun)..Paling suka dengar tazkiroh ust Ismail Musytari.Best sangat..

Ramai kawan2 sama batch kat SAMBEST dulu dah jd doktor perubatan,engineer,lecturer,yang ada PhD pun ramai..yang jadi cikgu mcm aku pun ramai.HIHI.Tak sangka sekarang aku mengajar sama dengan salah seorang kawan sama batch masa kat SAMBEST dulu.Wan Saiful namaya..

Semoga cikgu2 SAMBEST dilimpahi rahmat oleh Allah,diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan hiduo dunia akhirat.Tak lupa doa agar Allah limpahi bumi SAMBEST dengan limpahan rahmatnya agar terus-menerus dapat melahirkan lebih ramai Da'i yang berwibawa..Doaku dari kejauhan.AMIN..



Ni gambar barisan Ketua Pelajar (pengawas) SAMBEST 2000-2001.Segakkan?suka gambar ni.Of course aku yang hat tepi2 sekali.hihi

Tuesday, 16 December 2014

MASAK LEMAK PUTIH KETAM

Malam-malam ni teringat pula kat menu makan tengahari hujung minggu lepas.Dah lama teringin nak buat tapi gara-gara nak kurangkan pengambilan makanan laut maka kita postpone dulu.Sampailah last week macam dah tak tahan teringin sangat aku buat jugak.hihi


Tudiaaaaa...ketam lemak putih manis2 sikit.Ya Allah sedapnyaaaaa!sangat10x sedap bagi aku..Actually ketam ni bukanlah favourite family aku.Suami dan bapak mertua memang tak makan.Anak2 harap hirup kuah jelah.Tu yang tak sedap pulak nak masak selalu kan..

Resepi ni simple sangat.Sama je macam masak lemak putih kobis.Berzanya cuma tak perlu letak cili api dan hanya perlu masukkan daun kunyit.Letaklah gula dan garam sikit.Bila dah masak, isi2 ketam akan keluar sikit2 dan bercampur dengan kuah santan tu yang fullamakkkk..sedap sangat bila dihirup.

Sebelum ni kalau ada ketam aku akan buat sup,lemak cili api atau kari je.Bila kawan cakap family dia suka buat ketam masak lemak putih ni aku sikit pun tak percaya yang ianya sedap dan boleh diterima tekak aku yang suka makanan masin ni.Memang tak gemor lauk manis2 ni lagi2 kalau makanan dari jenis haiwan ni.Memang tak suka manis.Tapi sekali try...ketagih daaaaaa..haha

Ketam ni akubeli 3 ekor je sbb ketam saiz besar.Lagi2 aku sorang je nak makan kan..Sekilo rm19.00.Beli 3 ekor kena Rm14.00..hee..

Sekian ceritera ketam kita.Selamat mencuba:)

Monday, 15 December 2014

AL-MA'THURAT

Assalamualaikum.Selamat pagi semua..Alhamdulillah masih sempat melakukan banyak perkara seperti biasa walau sedang terikat dengan satu tugasan yang penting malahan teramat penting.Itulah mungkin yang dinamakan masa yang berkat (AGAKNYALAHH sebab pernah terbaca masa yang berkat dinilai daripada banyaknya masa yang dapat kita manfaatkan dengan perkara berfaedah dan bukannya banyak mana masa yang terbazir bengitu sahaja.Dan pernah juga terbaca pesanan seseorang yang menyuruh kita sibuk melakukan kebaikan sehingga kita tidak sempat melakukan perkara yang sebaliknya)..Moralnya, tak mengapa sibuk asalkan bukan sibuk menambah dosa!

Pagi ini dimulakan dengan rutin biasa, bangun pagi bersihkan diri, solat subuh, siapkan anak2, mengemas dan membasuh baju sebelum membuka laptop untuk update entry.Sementara idea tengah mencurah-curah ni.hihi

Dah lama nak kongsikan pasal hikmah mengamalkan Al-Ma'thurat dalam kehidupan seharian.Al-Ma'thurat ni secara ringkas merupakan himpunan ayat-ayat alquran dan zikir yang menjadi amalan Baginda Rasulullah S.A.W.




Yang ni antara kitab al-ma'thurat yang saya ada di rumah.Al-Ma'thurat ada dua jenis iaitu Al-Ma'thurat Sughra dan Kubra.Sughra lebih ringkas berbanding Kubro.

Memang berbeza rasanya apabila melalui hari-hari yang dimulakan dengan amalan ini dengan tidak.Dengan mengamalkan AL-Ma'thurat pada waktu pagi dikatakan dosa kita akan terhapus sehingga petang.Dan membacanya ketika petang akan dapat menghapuskan dosa kita sehingga pagi keesokan harinya serta banyak lagi hikmah lain yang bersangkut paut dengan ketengan hati serta menuntut redha Ilahi.Bukankah dalam beramal yang perlu kita cari adalah redhaNya?

Saya mula mengenal Al-Ma'thurat semasa di tingkatan1 ketika bersekolah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, SAMTTAR, Sg Manggis melalui guru Bahasa Arab pada ketika iaitu iaitu Ustazah Ummi Kalthum.Mudah sahaja formula beliau.Katanya ilmu itu cahaya dan ilmu sukar difahami jika hati kita gelap.Hati gelap pula kerana banyaknya titik hitam kesan dosa dan maksiat yang kita buat.Jadi untuk bersihkan hati yang gelap amalkanlah Al-Ma'thurat.

Ustazah selalu cakap macam tu sebab dalam kelas tu ramai yang rasa belajar Nahu Bahasa Arab tu susah.Disebabkan obses sangat nak dapat A dalam BA pada ketika itu, saya cari kitab ini dan mula mengamalkannya.hihi..Tapi itu dulu..sekarang dah lebih matang jadi kita beramal niat semata-mata kerana Allah.

Ingat lagi masa tu saya pergi sekolah naik bas.Sepanjang perjalanan dalam bas sy akan buka al ma'thurat dan baca.Ngam-ngam sampai sekolah habis  satu Al-Ma,thurat Sughro saya baca(dalam samar-samar cahaya lampu jalan yang menembusi tingkap  bas).

Patutlah cikgu dikatakan jutawan akhirat, mana tak nya memalui cikgu saya mengenal Al-Ma'thurat dan mengamalkannya sehingga harini malahan turur memperkenalkan anak-anak murid dengan amalan ini.Sayangnya pelajar-pelajar hari ini ramai yang solatnya belum cukup lima waktu sehari semalam apatah lagi bacaan quran,memang masih tonggang langgang (pengalaman bertadarus dengan pelajar).Maka apa yang penting sekarang ialah bantu mereka kenal solat dan alquran dahulu.

Melihat suasana sebenar pelajar-pelajar (remaja di sekolah) sesekali membuatkan hati gerun membayangkan bila anak sendiri melalui fasa itu.Apa yang boleh dilakukan sekarang ini adalah dengan menunjukkan contoh yang  baik , mengajak melakukan kebaikan (secara khususnya solat dan mengaji) dan selebihnya mohon pada Allah agar bantu kita bimbing anak menjadi ahli syurga..


Yang ni KPI yang ibu tetapkan untuk Akid Mirza, 4thn.Yang bertanda tick tu maknanya dah selesai sehingga Disember ini.

Doanya semoga kami selaku ibu ayahnya serta anak-anak kami istiqamah dalam usaha ini.Niat kami mahu beri ilmu buat anak-anak kami keran Allah..Mahu mereka kenal Allah,kenal solat,cinta alquran,faham alquran,hafal alquran serta beramal dengan ajaran-ajarannya.Semoga dengan mengejar akhirat, dunia turut mengejar kita.Ya Allah mudahkanlah niat dan urusan kami.

Next entry saya berhajat nak kongsikan maksud salah satu doa yang terkandung dalam Al-Ma'thurat.Susunan bahasanya indah sangat, bila dibaca terasa syahdu tetapi menenagkan.Terasa rindu saat-saat jiwa damai, terasa yakin dekatnya Tuhan.

Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kita di dunia ini hingga ke syurga menanti.

Syura Mirza.

Tuesday, 9 December 2014

CUTI-CUTI DISEMBER 2014

Minggu lepas kami sekeluarga  pergi bercuti ke Pulau Pangkor untuk yang kesekian kalinya.Percutian ke Pangkor kalini adalah yang ke5 untuk suami (2 kali yang pertama tu pergi time bujang),ke3 untuk saya dan kedua untuk Abang Akid.Sebelum ni kami bawa dia ke Pangkor waktu umurnya 2 tahun 10 bulan dan sekarang ni bila kami bawa dia ke sana sekali lagi umurnya 4 tahun 10 bulan.Dan reaksinya seperti pertama kali ke sana.Memang dia tak ingat langsung yang dia pernah naik feri.Walhal ini adalah kali ke3 beliau naik feri.Pertama kali naik feri masa balik dari Penang.Huhuhu..Walaupun dah berkali-kali ke Pangkor tapi kami tetap merasai dan mencipta pengalaman yang berbeza.Sebelum ni pergi berdua,lepastu bertiga,kali ni berempat.

Pertama kali ke Pangkor (berdua) , kami ambil peluang untuk snorkelling dan menginap di chalet sahaja.Kali kedua kami menginap di Lumut dan sekadar bersiar-siar sahaja mengelilingi pulau.Dan kali ke3 kami pergi berempat dan menginap di Hotel Coral Bay Resort.Memandangkan kalini bawa dua orang anak kecil, kami plan untuk banyak habiskan masa di pool sahaja.Selebihnya ada juga mandi di Pantai Teluk Nipah dan bergambar di kawasan Kota Belanda.


Ni masa mula2 bertolak dari Jenjarom,Banting,Selangor.Kami bawa slow..bertolak dari rumah jam 8.30 pagi tiba di Lumut jam 1230..Pemanduan berhemah lah katakan..hihi..Untuk yang suka speed rasanya 3jam dah sampai.

Sampai je kat Lumut kami makan bekal nasi yang dibawa.Nai lauk Tomyam ayam. yum3..Jimat beb..ngeh3

Ni gambar masa atas feri menuju ke Pangkor..Adik takut2 abang steady je..hihi


Check in kat sini..Hotel 3bintang setengah ni ok juga..Pool dia best juga.Bilik pun not bad..Cuma bg saya breakfast dia tak banyak pilihan.Tapi menurut cik abang,sedap je katanya..ikut oranglah kot bab2 makan ni kan..
Yang ni pemandangan pool dari atas.Not bad.Best juga..lama kami berendam kat situ.Petang masa mula2 sampai dan pagi sebelum check out.

Kami sewa motor untuk mengelilingi pulau.Time ni nak ke Teluk Nipah untuk mandi pantai dan makan petang..yum3..Kami bedal rojak ketam,laksa penaang,char kuey teow,kepakayam bakar dll..kenyang alhamdulillah.


Hari kedua kami bersiar-siar di Kota Belanda dan mencari kawasan pantai yang tenang tanpa orang ramai untuk main-main buaian,main pasir,lari2 dan bergambar..hahahaha.Lepastu balik semula hotel,mandi pool dan check out.


Hari ketiga kami bersiar-siar di Teluk Batik.Sampai Shah Alam kami pekena dulu Nasi Arab Thaif.Sampai rumah jam 7malam.

ALHAMDULILLAH,percutian yang murah tapi memberi seribu kenangan..

Nak share sikit kos ke Pangkor sebagai panduan:
Minyak:Rm100.00
Feri:Rm20.00
Sewa motor:Rm30.00
Hotel:Rm300.00
Makan dan jajan:Rm300.00
TOTAL:Rm750.00

oke BYE



Thursday, 4 December 2014

MODUL KIMIA

Cuti persekolahan hujung tahun macam ni lah waktu yang sesuai nak siapkan modul untuk kelancaran dan keberkesanan sesi pdp dalam kelas.Cewah..(dah nak masuk tahun ke8 baru sedar ke????)HIHI

Inilah hasil kerja saya semalam dengan dibantu oleh 2 orang pelajar.Sebenarnya dah lama sangat berangan nak hasilkan set soalan Kimia macam ni tapi apakan daya..mood tak sampai2.Nak bagi alasan sibuk memanglah sibuk.Tapi semua orang pun sibuk.Dan semua tugasan yang kita laksanakan selama ni pun  biasanya terlaksana dalam kesibukan.Jadi kesibukan yang bagaimana yang kita ingin jelaskan sehingga kita tak mampu realisasikan cita2 kita?Dan kelapangan yang bagaimanakah yang menjanjikan kita untuk mencapai semua angan2 kita???Maka jawapan kenapa dari dulu tak buat set modul ni adalah kerana mood tak cukup atau mood tak datang sepenuh jiwa.Bukan kerana sibuk!.Tu diaaaaaaaaaa jawapan org yang dah siap.Memamg eksenn bunyinya..HIHIHI
Nah!Betapa selama ini penghasilan modul ini termasuk dalam angan2, sehinggakan dalam senarai tugasan yang perlu disiapkan pun saya letak  'modul kimia (berangan)'..HAHA..walaupun dah tahu cuma berangan tapi setiap kali bertukar page untuk catat tugasan still catat perkara yang sama tanpa meninggalkan perkataan '(berangan)' tu..hihi

Tapi semalam, angan2 dah pun jadi kenyataan.(Gambar tu modul yang belum di'binding').Sebagai seorang guru kampungan yang sentiasa memikirkan kaedah terbaik dan berkesan untuk anak2 murid, sayan berasa seronok dengan penghasilan modul yang tak seberapa ni.Bukan modul yang terbaik..tapi untuk permulaan..NOT BAD lah.

Saya hasilkan 3 modul:
1.Modul pecutan Kimia SPM (Kompilasi soalan2 percubaan seluruh negara 2008-2014)
2.Modul pengukuhan Kimia t4&5(Kompilasi soalan PPT&PAT peingkat sekolah 2008-2014)
3.Modul topikal Kimia t4&5(cut&paste soalan topikal terpilih)

Semoga bermanfaat.

Semoga Allah merahmati setiap langkah perjalanan hidup kita di dunia ini sehingga ke syurga menanti.
Syurga Mirza





AKID & IMAN

Ni gambar waktu Floria 2014 kat Putrajaya awal tahun dahulu.Entry kali ni nak cerita pasal anak2 soleh permata hati ibu ayah, Abang Akid dan Adik Iman.:)

Dua watak dan persanaliti yang berbeza.Menerusi sekeping gambar di atas ni pun kita dapat senaraikan atlest 2@ 3 perbezaan yang ada pada mereka berdua.

Si abang yang:
Ceria
Fotogenik & mesra kamera
Kurang gemarkan aktiviti lasak.

Dari segi fizikal juga abang nampak lebih cerah,bermata agak sepet,berambut lurus dan sebagainya berbanding adik yang agak manis kulitnya, bermata agak bundar dan berambut curly sebenarnya.

Si adik yang:
Pemalu
Kurang mesra kamera
Sukakan sesuatu yang lasak dan mencabar

Dari segi fizikalnya adik mempunyai 2 lesung pipit yang mahal sebagai pemanis senyuman serta hidung yang agak mancung tapi tak lawan Shah Rukh Khan.HIHIHI

Indahnya ciptaan Allah yang Maha Sempurna Lagi Maha Bijaksana..Walau mereka adik beradik, sama jantina tetapi mempunya personaliti dan karakter yang berbeza tetapi unik.Dan dalam banyak2 perbezaan itu masih ada 1 persamaan yang ketara iaitu masing2 petah berkata2 dan mudah menghafal surah,doa,zikir dan lagu..

Alhamdulillah wa Syukurillah..

Sama2 mendoakan agar semua anak2 yang dilahirkan bersih putih tanpa sebarang corak, dapat kita 'design' kan mereka dengan corak2 tarbiyyah yang indah lagi mulia.

Semoga Allah merahmati kita dalam setiap langkah perjalanan kita di dunia ini hingga di syurga menanti.
Syurga Mirza


SALAM UKHUWWAH

Assalamualaikum.
Ini merupakan entry saya yang pertama dalam blog pertama saya juga.Entah mcm mana time2 excited nak menulis  boleh pula ter'select' pic ni sebagai pengenalan..Maka terimbaulah sekali kenangan 5 tahun yang lalu saat mula2 diijabkabulkan dengan kekasih pilihan hati yang hensem lagi baik hati..hihihi (kenalah puji kan^_^)

Sekarang dah berempat..Lepas ni insyaallah berlima cuma tak tahu lagi bila.Bahagia dikelilingi 3orang hero2 kacak termasuk sang suami yang baik hati serta dua putera penyejuk mata.Nama diberi Akid Mirza dan Iman Mirza.Alhamdulillah wa Syukurillah :)

Gambar kat atas ni masa Majlis Akikah si adik, Iman..sekarang Iman dan berusia setahun 11 bulan.Cepat sungguh masa berlalu.Si abang, Akid pun dah bersekolah.Tahun depan masuk 5 tahun..Semoga anak-anak ibu membesar sihat dan soleh..

Semoga rahmat Allah mengiringi setiap langkah perjalanan kita di dunia ini sampai ke syurga.
Syurga Mirza.