Wednesday, 17 December 2014

SAMBEST

Hari ni rasa takde mood nak update apa2 post kt fb..Nk tgk wall pun tak sempat sbb asyik leka mengomen gambar2 lama masa kat SAMBEST.Kawan lama, si Moh Azarin namanya..dia boleh snap balik gambar2 lama batch kitorang dan upload satu album kt fb..Seronok tengok.Kelakar ada,happy ada,terharu ada..Yang pastinya rindu..Rindu sangat zaman tu.

Entah kenapa..dalam banyak2 fasa study yang aku lalui..dari sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menengah kat SAMTTAR,sekolah menengah kat SAMBEST,matrik dan UPSI..aku rasa zaman kt sambest tu adalah yang paling manis untuk dikenang.Manis sangat..Even aku takde pakwe pun kat sana(tak pernah ada pakwe pun zaman sekolah),tp jujur rasa manis tu kuat dan sangat seronok untuk dikenang.

2 tahun kt sana bukanlah satu tempoh yang lama tapi aku rasa banyak kenangan tercipta di sana selain macam2 pengalaman berharga.

Kat sana dulu aku aktif sebagai ketua pelajar(pengawas biro pendidikan) yang selalu ingatkan kawan2 pasal prep selain tolong pantau2 bilik study.Kalau hujan akulah yang akan jumpa warden,cikgu Majidah utk tanya sama ada pelajar perlu prep kat sekolah atau duduk dorm je.Biasanya dia suruh pergi sekolah dan time tu kwn2 bengang je kat aku..haha..Manalah aku berani nak buat keputusan sendiri kan..mestilah tanya cikgu dulu..hihi

Kat sana jugak aku meneruskan keaktifan aku dalam pertandingan bahas dan syarahan sampai ke peringkat negeri dengan geng bahas Aina,Aishah Sajudi dll.Geng budak laki syakirin,arwah syukran.Moh..dll..suka ukhwah tu.

Cikgu Rizal yang byk bimbing kami dalam bahas.Malam2 duduk bilik mesyuarat cikgu,Cari isi.berlatih dll..

Pernah join jadi fasi dalam program sekolah lain..In charge program orentasi peringkat sekolah..Macam2 lagilah.Selain tu ada juga terlibat dalam beberapa program motivasi anjuran sekolah dan juga pihak luar.Pendek kata aku aktif kt SAMBEST dan aku suka mcm tu.

Kat SAMBEST aku suka suasana solat jemaah,hari2 dengar tazkiroh,baca ma'thurat dan manzil ramai2,malam2 ada tahajud (walaupun aku selalu tak terbangun)..Paling suka dengar tazkiroh ust Ismail Musytari.Best sangat..

Ramai kawan2 sama batch kat SAMBEST dulu dah jd doktor perubatan,engineer,lecturer,yang ada PhD pun ramai..yang jadi cikgu mcm aku pun ramai.HIHI.Tak sangka sekarang aku mengajar sama dengan salah seorang kawan sama batch masa kat SAMBEST dulu.Wan Saiful namaya..

Semoga cikgu2 SAMBEST dilimpahi rahmat oleh Allah,diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan hiduo dunia akhirat.Tak lupa doa agar Allah limpahi bumi SAMBEST dengan limpahan rahmatnya agar terus-menerus dapat melahirkan lebih ramai Da'i yang berwibawa..Doaku dari kejauhan.AMIN..



Ni gambar barisan Ketua Pelajar (pengawas) SAMBEST 2000-2001.Segakkan?suka gambar ni.Of course aku yang hat tepi2 sekali.hihi

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Wynn casino opens in Las Vegas - FilmfileEurope
    Wynn's first hotel 토토 캔 casino in Las Vegas since opening its doors in 1996, Wynn Las Vegas is replica air jordan 13 retro the first 출장마사지 hotel on 토토 사이트 추천 the best jordan 14 retro Strip to offer such a large selection of

    ReplyDelete