Thursday, 18 December 2014

PENCETUS UMMAH



Aku sekeluarga suka tengok rancangan Pencetus Ummah ni.Dari musim pertama lagi.Tapi untuk musim ke2 ni hairan pula rasanya bila tup2 malam tadi dah Semi Final.Macam tak percaya.Either kali ni memang dia kurangkan episod atau sebab masa mula2 start tempohari kami banyak skip.huhu..

Hebat2 dorang ni kan?Ada tu umur muda je lagi..25,24,29 tapi mcm2 ayat dorang hafal siap boleh apply dengan macam2 permasalahan pulak tu.Aku yang umur 30thn ni rasa jahil,kecik,kerdil sangat2.Apalah yang aku tahu nak dibandingkan dengan mereka.Kalau aku yang beza umur 4-5 tahun lagi tua dari diorang ni boleh rasa sensitif gini, yang umur 50 tahun tapi masih tak sedar diri,solat masih tak cukup,tak rasa nak belajar alif baa taa..hmm..tak tahulah..nauzubillah min zalik.Lebih baik kita sedar yang kita ni jahil dari kita rasa selesa sangat tak igt mati!

Agak2 dorang  mula kat U ke?mesti tak kan..lagi pun kt U banyak teori..Dan seandainya mereka dah praktikkan semua tu sejak zaman U pun rasanya takkan sempat nak mantapkan ilmu dalam tempoh tu.Tak tahu lah nak cakap mcm mana maksud aku ni,senang cakap mcmnilah..Aku rasa dorang ni memang dah ada basic dari awal,dari kecil2 lagi mungkin sejak umur 4-5 tahun mak ayah diorang dah serap segala kebaikan dalam diri diorang sehingga segala bentuk kebaikan tu dah jadi sebati dengan diri diorang.Dah mengalir dalam setiap urat saraf diorang,memenuhi jiwa sanubari diorang..Sebab tu bila di universiti diorang jadi semakin mantap ditambah lagi dengan ilmu-ilmu yang dipelajari secara tak formal mungkin dari ustaz2,tok imam2,syeikh2,sekolah2 pondok dan sebagainya.Tak mustahil sbb jiwa tu dah ada..Dan tentu dia akan terus mencari dan mencari sampailah jadi mantap dan yakin bila berada di atas mimbar Pencertus Ummah.

Benda ni memberi aku idea,keyakinan dan semangat untuk terus mengajar dan menerapkan ilmu2 agama kepada anak2 aku,Akid dan Iman.Buat masa ni apa yang aku mampu ialah rangsang dia untuk hafal surah,faham sikit2 surah yang mudah contoh macam aku ceritakan maksud surah Al-Asr,surah Al-Humazah dll.Ajar doa2 yang biasa dan doa2 dalam bahasa melayu.Ajar dia doakan org lain masuk syurga dll.Ajar dia yakin Allah selalu jaga dia.Zikir2 tu memang dah jadi buah mulut dialah..Solat pun dia dah mula kenal..

Ya Allah..takutnya..bukan senang nak didik anak istiqomah dengan kebaikan beragama ni.Harapnya aku terus diberi idea,harapnya anak2 kekal sukakan segala ilmu agama,mcm Abg Akid tu yg aku nampak memang minat hafal surah.Katanya tak sabar nak pandai ngaji panjang2 mcm ibu.hihi..Harapnya dia boleh jadi contoh yang baik kat adik2 supaya semuanya jadi baik..Ya Allah dengarlah rintihan ku ini Ya Allah..Aku sedar mendidik anak bukan mudah.Bantu kami Ya Allah..supaya kami dapat lahirkan generasi beragama,beriman dan bertaqwa kepada Mu.

Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kita di dunia ini hingga ke syurga menanti.Syurga Mirza.

No comments:

Post a Comment