Tuesday, 9 December 2014

CUTI-CUTI DISEMBER 2014

Minggu lepas kami sekeluarga  pergi bercuti ke Pulau Pangkor untuk yang kesekian kalinya.Percutian ke Pangkor kalini adalah yang ke5 untuk suami (2 kali yang pertama tu pergi time bujang),ke3 untuk saya dan kedua untuk Abang Akid.Sebelum ni kami bawa dia ke Pangkor waktu umurnya 2 tahun 10 bulan dan sekarang ni bila kami bawa dia ke sana sekali lagi umurnya 4 tahun 10 bulan.Dan reaksinya seperti pertama kali ke sana.Memang dia tak ingat langsung yang dia pernah naik feri.Walhal ini adalah kali ke3 beliau naik feri.Pertama kali naik feri masa balik dari Penang.Huhuhu..Walaupun dah berkali-kali ke Pangkor tapi kami tetap merasai dan mencipta pengalaman yang berbeza.Sebelum ni pergi berdua,lepastu bertiga,kali ni berempat.

Pertama kali ke Pangkor (berdua) , kami ambil peluang untuk snorkelling dan menginap di chalet sahaja.Kali kedua kami menginap di Lumut dan sekadar bersiar-siar sahaja mengelilingi pulau.Dan kali ke3 kami pergi berempat dan menginap di Hotel Coral Bay Resort.Memandangkan kalini bawa dua orang anak kecil, kami plan untuk banyak habiskan masa di pool sahaja.Selebihnya ada juga mandi di Pantai Teluk Nipah dan bergambar di kawasan Kota Belanda.


Ni masa mula2 bertolak dari Jenjarom,Banting,Selangor.Kami bawa slow..bertolak dari rumah jam 8.30 pagi tiba di Lumut jam 1230..Pemanduan berhemah lah katakan..hihi..Untuk yang suka speed rasanya 3jam dah sampai.

Sampai je kat Lumut kami makan bekal nasi yang dibawa.Nai lauk Tomyam ayam. yum3..Jimat beb..ngeh3

Ni gambar masa atas feri menuju ke Pangkor..Adik takut2 abang steady je..hihi


Check in kat sini..Hotel 3bintang setengah ni ok juga..Pool dia best juga.Bilik pun not bad..Cuma bg saya breakfast dia tak banyak pilihan.Tapi menurut cik abang,sedap je katanya..ikut oranglah kot bab2 makan ni kan..
Yang ni pemandangan pool dari atas.Not bad.Best juga..lama kami berendam kat situ.Petang masa mula2 sampai dan pagi sebelum check out.

Kami sewa motor untuk mengelilingi pulau.Time ni nak ke Teluk Nipah untuk mandi pantai dan makan petang..yum3..Kami bedal rojak ketam,laksa penaang,char kuey teow,kepakayam bakar dll..kenyang alhamdulillah.


Hari kedua kami bersiar-siar di Kota Belanda dan mencari kawasan pantai yang tenang tanpa orang ramai untuk main-main buaian,main pasir,lari2 dan bergambar..hahahaha.Lepastu balik semula hotel,mandi pool dan check out.


Hari ketiga kami bersiar-siar di Teluk Batik.Sampai Shah Alam kami pekena dulu Nasi Arab Thaif.Sampai rumah jam 7malam.

ALHAMDULILLAH,percutian yang murah tapi memberi seribu kenangan..

Nak share sikit kos ke Pangkor sebagai panduan:
Minyak:Rm100.00
Feri:Rm20.00
Sewa motor:Rm30.00
Hotel:Rm300.00
Makan dan jajan:Rm300.00
TOTAL:Rm750.00

oke BYE



No comments:

Post a Comment