Monday 15 December 2014

AL-MA'THURAT

Assalamualaikum.Selamat pagi semua..Alhamdulillah masih sempat melakukan banyak perkara seperti biasa walau sedang terikat dengan satu tugasan yang penting malahan teramat penting.Itulah mungkin yang dinamakan masa yang berkat (AGAKNYALAHH sebab pernah terbaca masa yang berkat dinilai daripada banyaknya masa yang dapat kita manfaatkan dengan perkara berfaedah dan bukannya banyak mana masa yang terbazir bengitu sahaja.Dan pernah juga terbaca pesanan seseorang yang menyuruh kita sibuk melakukan kebaikan sehingga kita tidak sempat melakukan perkara yang sebaliknya)..Moralnya, tak mengapa sibuk asalkan bukan sibuk menambah dosa!

Pagi ini dimulakan dengan rutin biasa, bangun pagi bersihkan diri, solat subuh, siapkan anak2, mengemas dan membasuh baju sebelum membuka laptop untuk update entry.Sementara idea tengah mencurah-curah ni.hihi

Dah lama nak kongsikan pasal hikmah mengamalkan Al-Ma'thurat dalam kehidupan seharian.Al-Ma'thurat ni secara ringkas merupakan himpunan ayat-ayat alquran dan zikir yang menjadi amalan Baginda Rasulullah S.A.W.




Yang ni antara kitab al-ma'thurat yang saya ada di rumah.Al-Ma'thurat ada dua jenis iaitu Al-Ma'thurat Sughra dan Kubra.Sughra lebih ringkas berbanding Kubro.

Memang berbeza rasanya apabila melalui hari-hari yang dimulakan dengan amalan ini dengan tidak.Dengan mengamalkan AL-Ma'thurat pada waktu pagi dikatakan dosa kita akan terhapus sehingga petang.Dan membacanya ketika petang akan dapat menghapuskan dosa kita sehingga pagi keesokan harinya serta banyak lagi hikmah lain yang bersangkut paut dengan ketengan hati serta menuntut redha Ilahi.Bukankah dalam beramal yang perlu kita cari adalah redhaNya?

Saya mula mengenal Al-Ma'thurat semasa di tingkatan1 ketika bersekolah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, SAMTTAR, Sg Manggis melalui guru Bahasa Arab pada ketika iaitu iaitu Ustazah Ummi Kalthum.Mudah sahaja formula beliau.Katanya ilmu itu cahaya dan ilmu sukar difahami jika hati kita gelap.Hati gelap pula kerana banyaknya titik hitam kesan dosa dan maksiat yang kita buat.Jadi untuk bersihkan hati yang gelap amalkanlah Al-Ma'thurat.

Ustazah selalu cakap macam tu sebab dalam kelas tu ramai yang rasa belajar Nahu Bahasa Arab tu susah.Disebabkan obses sangat nak dapat A dalam BA pada ketika itu, saya cari kitab ini dan mula mengamalkannya.hihi..Tapi itu dulu..sekarang dah lebih matang jadi kita beramal niat semata-mata kerana Allah.

Ingat lagi masa tu saya pergi sekolah naik bas.Sepanjang perjalanan dalam bas sy akan buka al ma'thurat dan baca.Ngam-ngam sampai sekolah habis  satu Al-Ma,thurat Sughro saya baca(dalam samar-samar cahaya lampu jalan yang menembusi tingkap  bas).

Patutlah cikgu dikatakan jutawan akhirat, mana tak nya memalui cikgu saya mengenal Al-Ma'thurat dan mengamalkannya sehingga harini malahan turur memperkenalkan anak-anak murid dengan amalan ini.Sayangnya pelajar-pelajar hari ini ramai yang solatnya belum cukup lima waktu sehari semalam apatah lagi bacaan quran,memang masih tonggang langgang (pengalaman bertadarus dengan pelajar).Maka apa yang penting sekarang ialah bantu mereka kenal solat dan alquran dahulu.

Melihat suasana sebenar pelajar-pelajar (remaja di sekolah) sesekali membuatkan hati gerun membayangkan bila anak sendiri melalui fasa itu.Apa yang boleh dilakukan sekarang ini adalah dengan menunjukkan contoh yang  baik , mengajak melakukan kebaikan (secara khususnya solat dan mengaji) dan selebihnya mohon pada Allah agar bantu kita bimbing anak menjadi ahli syurga..


Yang ni KPI yang ibu tetapkan untuk Akid Mirza, 4thn.Yang bertanda tick tu maknanya dah selesai sehingga Disember ini.

Doanya semoga kami selaku ibu ayahnya serta anak-anak kami istiqamah dalam usaha ini.Niat kami mahu beri ilmu buat anak-anak kami keran Allah..Mahu mereka kenal Allah,kenal solat,cinta alquran,faham alquran,hafal alquran serta beramal dengan ajaran-ajarannya.Semoga dengan mengejar akhirat, dunia turut mengejar kita.Ya Allah mudahkanlah niat dan urusan kami.

Next entry saya berhajat nak kongsikan maksud salah satu doa yang terkandung dalam Al-Ma'thurat.Susunan bahasanya indah sangat, bila dibaca terasa syahdu tetapi menenagkan.Terasa rindu saat-saat jiwa damai, terasa yakin dekatnya Tuhan.

Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kita di dunia ini hingga ke syurga menanti.

Syura Mirza.

No comments:

Post a Comment