Wednesday, 17 December 2014
NAK SAMBUNG BELAJAR KE TAK NAK?
Dah lama minat nak mendalami bidang kaunseling.Rasa nak sambung belajar dalam bidang ni.Family Caunselling.Kenapa kaunseling?Awak basic Chemistry kan?
Aku ada alasan aku sendiri.Bagi aku bila aku nak sambung belajar aku kena tanya diri aku balik kenapa aku nak sambung?Untuk apa?Untuk kepuasan diri?Aku tak suka alasan itu.Bagi aku daripada aku gunakan masa untuk kepuasan diri lebih baik aku korbankan masa untuk keluarga dan anak-anak aku.Dapat juga aku berjasa kepada mereka.Daripada aku bersusah payah semata-mata untuk kepuasan diri dalam masa yang sama aku stress, tak happy,kurang masa dengan keluarga baik tak payah sambung belajar.
Bagi aku bila aku sambung belajar, aku nak lepastu aku jadi improve dan dapat sumbang something yang jelas kepada anak-anak aku sendiri serta students kat sekolah.
Aku minat bidang Kimia ni.Tapi untuk aku selaku cikgu sekolah rasanya ilmu Kimia yang aku ada ni dah sedang elok dah untuk bantu anak-anak murid aku score Kimia dalam SPM seterusnya dapat bantu lahirkan doktor dan golongan profesional lain jika mereka nak.Selebihnya aku boleh improve melalui pengalaman,kursus,bengkel,seminar,bertukar-tukar idea dan kajian sendiri.
Aku perlu ilmu, pengetahuan dan kemahiran untuk berhadapan dengan klient pula sekarang ni.Klient aku adalah students dan anak-anak serta ahli keluarga termasuk masyarakat sekeliling..Aku perlu jadi orang yang lebih memahami orang lain dan tahu cara terbaik utk bantu mereka.Dan rasanya dari situlah minat aku terhadap ilmu kaunseling ni bermula.
Actually permohonan untuk kemasukan Febuari 2015 aku dah submit untuk diproses.Tak tahulah dapat ke tak.Kalau tak dapat pun aku faham.Mungkin kerana aku tak ada basic kaunseling walaupun ramai yang kata boleh je..Aku tak terlalu mengharap sebab aku sendiri belum ready sepenuhnya.Kena fikir mcm mana nak arrange masa untuk anak-anak,sekolah dan hobi menjual shawl aku ni.Sayang pula rasanya kalau nak biar bisnes kecil-kecilan ni terbengkalai mcm tu sahaja
Apa-apapun..tunggu dulu.Kalai dah dapat nanti kita buat isktikhoroh sungguh2 baru tahu Nak Sambung Belajar Ke Tak Nak?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramai dah kawan2 yang sambung peringkat master,PhD dan kepakaran.Aku yang cuma ada ijazah dan mengajar untuk pelajar SPM ni kadangkala rasa kerdil sangat.Rasa kerjaya aku ni sangatlah tak gleme.Tak kaya.Tak pergi oversea mcm org lain.Klient pun cuma budak2 yang nakal2..huhu..kadang terfikir kalau aku ni boleh rasa mcmtu agaknya apalah perasaan kawan2 aku yang ada degree tapi jadi surirumah?Ya mungkin mereka bahagia.Tapi tak mustahil sekali sekala mereka pun rasa mcm mana aku rasa.KERDIL!Tapi pandailah mereka pujuk hati mereka.Mungkin sama mcm aku yang seringkali memujuk hati sendiri."Cikgu Jutawan Akhirat"-ikhlaskan hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment